Takaful Medical Card AIA Menu

All items for December, 2012

Permalink:

Senarai 36 Jenis Penyakit Kritikal

Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk penerangan lebih lanjut tentang definasi tahap kritikal bagi setiap penyakit, anda boleh merujuk dokumen polisi atau menghubungi saya.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Senarai Penyakit Spesifik

Kad Perubatan PruBSN tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari pertama daripada tarikh sijil Takaful.

Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit -penyakit berikut dan keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan Takaful tidak kira samada Orang yang dilindungi sedar atau tidak :

1. Batu Karang di dalam sistem urinari dan biliari.
2. Darah tinggi atau penyakit-penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
3. Diabetes mellitus.
4. Kesemua tumor, sista, polip, atau kanser.
5. Surgeri sinus, septum nasal atau tonsil.
6. Hernia, haemorhoid atau fistula.
7. Endometriosis atau Disfungsi Pendarahan Uterina

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Memilih Insurans

Ramai yang tertanya-tanya macamana nak pilih company yang betul, produk yang betul, agent yang betul, budget yang betul dan banyak lagi persoalan lain semasa nak beli insurans

Tips No 1 : Company Insurans Yang Betul

Mudah sahaja, bila kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter “kalau saya nak beli insurans company apa yang saya patut pilih”, keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih bankrupt dan anda perlu ambik insurans sekali lagi, sekiranya ada sudah ada penyakit….sorry,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company insurans akan mengenakan “admin charge” dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi “admin charge” jadi double.

Tips No 2 : Produk Yang Betul

Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan maksimum melebihi purata jangka hayat rakyat Malaysia. Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang untuk takaful perubatan contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat….

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi.
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 “maintenance tinggi” premium mahal…

Term Insurans @ Full Life Insurans

Biasanya saya cadangkan anda ambil Full Life Insurans dahulu baru ambil tambahan plan term life insurans, kenapa? Sebab kalau anda ambik term insurans perlindungan akan expired dan tiada guarantee extension tetapi kalau full life insurans contract anda macam sign dengan pen, ia akan berada di sana ketika anda perlukan sekiranya bayaran premium anda cantekkkkk.

Tips No 3 : Budget Yang Betul

Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% – 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa premuimnya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda beli. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil.Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kenapa Nak Marah-Marah?

Kenapa anda nak marah pada doktor kerajaan muda bila mereka menjadikan anda sebagai bahan ujikaji untuk mendapatkan detail mengenai masalah penyakit anda? Sebab itu sememangnya tugas mereka, iaitu mendapatkan pengalaman sebelum menjadi doktor yang terbaik didalam bidang mereka.

Sepatutnya anda marah pada diri anda sendiri kerana anda yang membiarkan diri anda daripada mengambil peluang mendapatkan rawatan terbaik dari doktor pakar dan doktor pengalaman. Sedangkan pada masa itu anda patut ada perlindungan, tetapi anda yang merelakan diri anda menjadi bahan ujikaji.

Jadi kenapa nak marah kepada doktor-doktor muda itu?

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Bila Perlu Ambil Medical Card?

Sepanjang saya membina kerjaya sebagai seorang agen Prudential BSN Takaful, saya sering di reject dengan alasan tidak perlukan lagi dan company ada cover.. Bagi saya ianya bukan satu masalah kepada saya kerana, saya tahu ramai lagi pelanggan yang ada diluar sana yang terbuka hati untuk mengambil perlindungan pada diri dan keluarganya..

Tetapi ianya akan menjadi masalah kepada saya apabila, orang yang berminat untuk mengambil perlindungan dari PruBSN telah pun mempunyai penyakit seperti kencing manis ataupun darah tinggi. Ini kerana belum tentu lagi syarikat Prudential akan memberi perlindungan kepada mereka. Perlindungan insurans dan kad perubatan hanya boleh diambil ketika anda masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sahaja.

Walaupun anda mempunyai perlindungan dari syarikat anda,tetapi itu hanya sementara sahaja. Sekiranya anda diberhentikan kerja akibat selalu sangat cuti sakit, kepada siapa yang anda akan meminta perlindungan insurans?

Jadi kepada anda yang belum lagi mendapatkan perlindungan, bukalah minda anda untuk sementara dan bagi peluang untuk agen-agen menceritakan kenapa anda perlu mempunyai nya.

Lebih baik anda kehilangan RM 200 sebulan berbanding RM 200 setiap minggu.

Hubungi saya 013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Pru88

Tinggal lagi 10 hari sebelum produk Pru88 ditamatkan. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Produk Pru88 boleh menghubungi saya di 013-3759889.

Apakah Pru88?

 

Pru88 ialah satu produk dari Prudential dimana ianya akan memberi anda pampasan untuk kematian, cacat kekal dan kemalangan.Bayaran bulanan untuk Pru 88 ialah RM88 sebulan dan anda hanya perlu bayar selama 10 tahun sahaja. Pru88 akan memberi perlindungan kepada anda selama 20 tahun. Jadi 10 tahun yang seterusnya adalah percuma.

Kelayakan untuk mengambil Pru88 bermula dari 1 tahun sehingga 55 tahun sahaja

Apakah yang anda akan dapat dengan Pru88?

Sekiranya anda berumur 1-44 Tahun,
Pampasan Kematian & Cacat Kekal RM20,000
Pampasan Kematian Kemalangan & Cacat Kekal RM 80,000

Sekiranya anda berumur 45-55 Tahun
Pampasan Kematian & Cacat Kekal RM 12,000
Pampasan Kematian Kemalangan & Cacat Kekal RM 48,000

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kejayaan Prudential BSN Takaful

Baru-baru ini, saya telah menerima satu email yang mengatakan bahawa Prudential BSN Takaful telah menjadi produk no.1 di Asia dalam bidang takaful. Alhamdulillah kejayaan hasil perjuangan rakan-rakan didalam syarikat no.1 di Malaysia. Setiap hari mungkin anda telah melihat hampir setiap tempat mempunyai booth Prudential BSN Takaful.

 

Ini adalah kerana kami bertindak untuk memperkenalkan produk perlindungan insurans yang terbaik di Malaysia disamping memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya memiliki satu perlindungan yang lengkap.

 

Hubungi saya di 013-3759889 (Firuz) dan mulakan langkah untuk melindungi keluarga dan diri anda daripada bebanan hutang yang tinggi

 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.