Takaful Medical Card AIA Menu

All items for April, 2013

Permalink:

Kita Atau Dia

“Kita atau dia…”Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan olehMASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan…..renung mata anak kita….renung sedalam-dalamnya…sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah….adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?…siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia…kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?….

Jadi, pelan Takaful Smartlink daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

PRUBSN SMARTLINK adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur diantara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink ini adalah flexible dimana anda boleh memilih samada pelan tersebut matang apabila anak anda berumur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Menarik bukan?

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Mengapa Wanita Perlukan Insurans

 

Prudential BSN Takaful

MENGAPA WANITA PERLUKAN INSURANS
Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan insurans yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin.

UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.
Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?
Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.
Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.

UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.

UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.

UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Jom Menjadi Jutawan Takaful

Cara Mudah Nak Jadi Jutawan Takaful Pru BSN

1.Buat Personal Sales (Traning Provided)
2. Recruit org utk jadi agent setahun 6 orang. Just bawa org/sahabat anda ke pejabat kami seluruh Malaysia. Mereka akan di train oleh Trainer Kita. Agent tersebut adalah agent anda.

Anda buat 1-4 tahun boleh dapat income puluh ribu. 5 tahun akan berpotensi dapat income lebih RM100,000 sebulan.

Cara Mudah Nak Dpt Pendapatan 5 Angka

Agent Diperlukan segera di KL/Sgor,JB,KB,Melaka,Penang,Kuantan,Ipoh,K.Trg, Kuantan dan seremban.
AGENT PART TIME / FULL TIME DI PERLUKAN;
KEPADA AGENT FULL TIME ELAUN AKAN DIBERIKAN DARI RM1000-RM4000 SEBULAN.
(TERBUKA KPD YG VSS, GRADUAN, SPM ADA PENGALAMAN KERJA)

Banyak orang tahu, buat insurans/takaful boleh jadi kaya, tetapi tak tahu bagaimana cara nak buat dan start..

ADA 4 SUMBER INCOME JADI AGEN PRU BSN TAKAFUL

1. KOMISYEN anda akan di bayar selama 6 tahun (utk produk Investment Link 110% utk 6 tahun, endowment 140% selama 6 tahun)
Kadar komisyen semua syarikat adalah sama kerana Insuran/ Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 dan Akta Insurance 1996 BAWAH SELIAAN Bank Negara Malaysia.

2. BONUS akan dibayar max 13% setahun, selama tiga tahun berturut(Term and Condition apply)

3. Produk investment berbentuk Unit Trust, kadar komisyen 3%.Cth jika org melabur RM100,000 komisyen anda adalah RM3,000

4.General Takaful/insurance (10%-25%)

MACAM MANA NAK BUAT:

1.Fokus,Sehari anda bercerita fasal takaful/Insuran kpd 2 atau 3 orang. seminggu dlm 15 org.Dari 15 0rg andaikan 4 org akan ambil dgn nilai RM 150/seorang sebulan

Pengiraan Komisyen Seminggu: 4 org X RM 150/sebulan= RM600
Komisyen seminggu anda ialah: RM600 X 25% =RM150.00
komisyen sebulan (4 minggu) ialah RM150 X 4 minggu bekerja= RM600

INCOME ANDA NAIK SEBANYAK RM 600 SEBULAN DAN YG PENTING KONSISTEN!

JIKA ANDA BEKERJA 12 BULAN: RM600 X 12 BULAN SETAHUN =RM 7200

JADI INCOME ANDA PADA BLN KE12 ADALAH RM7,200/SEBULAN DAN KONSISTEN.

2) CARA KIRA BONUS DIKIRA BERDASARKAN JUMLAH SALES SETAHUN

CTH: Jika seorang ambil RM150 sebulan,nilai sales ialah RM1800 (akan terus dikira setahun)
jika Sebulan ada 16 (nilai RM150)org beli dgn anda maka sales 16 org X 1800= 28,880

Jumlah sales bulanan ialah: RM1800 X 12 bln : RM28,800

Jumlah sales setahun RM 28,800 sebulan X 12 bulan kerja iaitu: RM345,600

CARA KIRA BONUS: RM 345,600 X 13% iaitu: RM44,928 setahun selama tiga tahun beturutan

TOTAL INCOME TAHUN PERTAMA

1) Duit komisyen RM7,200.00 sebulan
2) Duit Bonus setahun RM 44,928.00 (purata sebulan RM3,744)

Purata income anda sebulan pd tahun pertama: RM 10,944.00/ month

jika anda ulang perkara yang sama pd tahun kedua jadi RM 21,888 sebulan..

cuba bayangkan kalau anda buat 5 tahun.

Org bukan Melayu dah kaya lama dah.Mari kita sama-sama buat

ini tak termasuk komisyen unit trust 3% (mengikut jumlah pelaburan)

Insya Allah, jika ramai kawan dlm group saya boleh dpt income 5 angka sebulan , mengapa anda tidak boleh.

Yg Ptg , utk berjaya, anda perlu belajar dan associate dgn group yang betul yg boleh support anda.

 

Hubungi Firuz 013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Insurans Murah Mari Dapatkan

Kepada Yang Nak Compare Atau Nak Yang Murah..

Ya memang betul ramai yang nak compare dan nak yang murah jika melibatkan insurans..Jadi disini saya hendak bertanya satu soalan kepada anda…

Jika anda telah didapati menghidap penyakit jantung, dan doktor yang ingin merawat penyakit anda itu memerlukan RM 50,000…adakah anda akan memilih kad perubatan yang boleh cover anda 80% perlndungan..atau yang cover anda 100% perlindungan? kadang-kadang beza hanya RM 10-20 sahaja daripada pesaing-pesaing lain yang menjadi perhatian anda..tetapi anda lupa memerhatikan apa yang diberikan disebalik perbezaan itu..

Prudential telah berada di malaysia sudah 89 tahun, dah sama umur ngan datuk dan nenek kita..dan merupakan syarikat insurans paling memahami dan matang mengendali rakyat Malaysia..Lagipun kami adalah pioneer dalam Kad Perubatan..buat apa nak ragu2..

www.takafulmedicalcard.com

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kos Pembedahan Ovarian Cyst

Tak Minat Nak ambil insurans lagi…Tggu 4 bulan lagi baru contact saya…

Ni merupakan kisah betul yang dialami oleh seorang isteri yang sudah berkahwin., beliau berkata demikian kepada saya setelah saya buat sharing dengan dia mengenai kepentingan mengambil insurans secepat mungkin..

Beliau tidak mempunyai anak dan sudah beberapa kali mencuba namun rezeki tidak ada…Jadi keperluan untuk mengambil insurans pada masa itu tidak ada…Setelah 4 bulan barulah beliau setuju mengambilnya..

Setelah sebulan lebih mengambil insurans..beliau mengadu mengalami sakit dan simptom muntah2 dan sakit perut.. Bila pergi periksa di hospital, doktor mengatakan beliau mempunyai ketumbuhan pada ovari yang dinamakan Cyst.. Cyst perlu dibedah segera kerana mungkin akan mengakibatkan gejala kanser ovari..

Namun yang mengejutkan pihak Prudential tidak akan cover pembedahannya kerana Cyst beliau sudah ada 5 bulan lebih.. dan tempoh matang penggunaan medical card ialah 4 bulan.. Kos pembedahan di hospital swasta ialah RM 8000.. manakala kos hospital kerajaan adalah RM 300-RM500.. tetapi… beliau harus menunggu turn dan tempoh temujanji untuk mendapatkan pembedahan tersebut..dan tempoh ini memakan masa 1 bulan lagi..kena makan ubat tahan sakitlah nampaknya…

Persoalaanya disini, siapa yang teraniaya…bukankah anda sendiri jika anda yang minta menangguhkan kos operasi ni… Kerana ovarian cyst boleh melanda wanita tak kira apa peringkat umur pun..

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Murah Rezeki

Setiap kali selepas sembahyang kita selalu berdoa agar dibukakan pintu rezeki..Tapi tak juga dapat-dapat apa yang kita hajati..Bermacam usaha telah dilakukan tetapi result masih lagi sama..

Mari kita refleks semula tentang diri kita,
1. Cukup ke waktu solat.
2. Adakah solat itu kita lengah-lengahkan atau masuk waktu terus sembahyang
3. Adakah kita ada melakukan sesuatu yang mengecilkan hati ibu bapa kita.. Cepat2 telefon dan minta ampun
4. Bagaimanakah hubungan kita dengan orang sekeliling kita? adakah kita menjaganya
5. Sudahkah kita solat Dhuha
6. Adakah kita melakukan solat tahajjud
7. Bagaimana doa kita ketika selepas selesai solat? Bersungguh2 atau dalam keadaan yang bersahaja semata-mata untuk menghabiskan sembahyang sahaja
8. Apakah niat kita untuk jadi kaya? adakah untuk menunjuk-nunjuk atau memberi kesenangan pada keluarga dan membantu orang lain
9. Bagaimana pula dengan sedekah kita?
10. Adakah kita selalu mengeluh?
11. Adakah bangun pagi-pagi kita bersyukur kerana masih lagi hidup dan masih lagi sihat untuk melakukan pekerjaan?

Mungkin ada lagi antara yang anda boleh fikirkan dan tambah…

Cadangan saya:
Periksa semua perkara diatas.. dan cuba amalkan surah Al-Waqiah.. sebelum tidur..

Kisah benar dari saya sendiri..
Sebelum saya melakukan pekerjaan sebagai perancang kewangan saya ada melakukan bisnes lain.. Ketika itu bisnes saya sedang mengalami kemerosotan sehingga duit didalam akaun saya hanya tinggal Rm300 sahaja untuk hidup dan membayar bil2 dan pinjaman.. Emak saya suruh saya amalkan surah Al-Waqiah.. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu dan amalan ini.. tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari seorang sahabat saya yang ingin memasukkan RM10000 ke dalam akaun saya.. Sahabat saya ini pernah saya tolong pada suatu ketika dahulu ketika dia dalam keadaan susah.. Mungkin sebab dia tahu saya sedang mengalami kesusahan maka Allah membukakan pintu hatinya untuk memberi saya duit itu bukan sebagai pinjaman..

Cuba amalkan setiap hari untuk mendapat kesan dan berdoa lah bersungguh-sungguh .. InsyaAllah..

Dapatkan simpanan 3 dalam satu untuk anda dan keluarga anda
Hubungi Firuz 013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Law Of Attraction Pelik Tetapi Benar

Bagaimana Anda Hendak Mendapatkan Benda atau Perkara Yang Anda Idamkan Secara Mudah

Dahulu sebelum saya menceburi bidang insurans dan perancangan kewangan saya langsung tidak mengetahui bahawa kita boleh menggunakan kuasa minda untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan dan menukarkan ianya menjadi satu realiti.

Setelah didedahkan dengan minda adalah satu kuasa yang kuat untuk mendapatkan apa saja yang kita inginkan dengan menanam satu azam dan keinginan yang sangat kuat.

Sebagai contoh:
Parking dihadapan pintu shopping complex.. siapa yang tak ingin mendapatkan satu parking di hadapan shopping complex? betul kan? sebelum keluar rumah saya sudah bayangkan kemana shopping complex yang saya akan tuju, dimana saya akan parking dan pada kebiasaanya saya akan mendapat tempat parking tersebut.

Sama seperti saya ingin memiliki client yang kerja hebat, hari-hari saya bayangkan saya mendapat satu client yang hebat dan alhamdulillah saya telah mendapatkannya..

Jika anda hendak memahami apa itu law of attraction anda boleh merujuk pada video The Secret: law Of Attraction..

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.