Takaful Medical Card AIA Menu

Inspirasi & Idea

Permalink:

Sekuriti Kewangan

Sekuriti Kewangan

financial_planning_for_the_young_mser

Sekuriti Kewangan

Pada Umur 25 Tahun Pendapatan Saya Ialah RM15,000 Sebulan.

Pada Umur 26 Tahun Pendapatan Saya Ialah RM 200 Sebulan

=====================================

Ini bukan cerita bohong. Ini cerita betul pengalaman saya membina sebuah perniagaan ketika umur saya 23 tahun dengan modal RM 3500 yang dipinjam dari mak saya.

Saya telah membina perniagaan yang boleh memberi saya income bulanan rm15,000- rm20,000 sebulan dan kehidupan saya berubah terus pada masa itu.

Namun akibat saya tiada asas perniagaan, perniagaan saya jatuh merudum dan terus hilang semuanya sehingga tiada langsung duit untuk berbelanja mahupun untuk mengisi minyak.

Jadi pengajaran yang dapat saya ambil ialah asas ataupun foundation atau tapak. Setinggi mana bangunan yang dibuat, atau sebesar mana perniagaan yang kita buat tanpa asas atau tapak yang kukuh, ianya akan runtuh juga.

Begitu juga dengan kewangan kita, sebelum kita melabur rm10 ribu, rm100ribu atau berjuta juta,pastikan asas tapak kita kuat.

Tapak yang dimaksudkan ialah sekuriti kewangan

Jadi apa benda sekuriti kewangan ini?

Perlindungan takaful bagi aset, simpanan dan pendapatan bulanan anda sekiranya anda tidak mampu bekerja ataupun anda sudah meninggal dunia

Katakan bulan ini income anda rm3000. Dengan rm3000 ini anda mampu untuk membayar duit kereta, asb, beli barang dapur dan sebagainya.lebihan dari situ pula anda buat simpanan dari bank.

Bulan hadapan ketika anda otw pergi kerja sebuah van melanggar anda dan menyebabkan anda kemalangan.

Dah la takda insurans persendirian, insurans company pula cover rm15,000 pula tu. Socso lambat pula nak dapat. Masuk hospital kena bil rm25,000 sebab masuk 2 besi di peha kiri dan peha kanan.

Rm10,000 pun anda swipe guna kad kredit anda. Perghh burst terus limit. Sebab lagi rm15,000 insurans company cover. Selesai operation, MC pula 3 bulan. 2 bulan cuti bos dah start bagi warning letter sebab cuti lama.

Masuk bulan ketiga, gaji dapat half sahaja sebab masih lagi MC Jadi rm1500. Agak- agak dengan apa nak start bayar hutang dan perbelanjaan bulanan itu? Simpanan yang anda buat tu lah kan.

Masa tu anda fikir kalau aku ambil insurans dengan Firuz aritu mesti ada dapat sedikit pampasan kan. Jadi start berfikir utk masa depan anda. Tak jadi apa apa alhamdulillah. Kalau jadi???

Bermula dari rm500,000 ribu sehingga kepada berjuta juta mengikut kemampuan anda.

Dial / Whatsapp nombor dibawah

013-3759889
013-3759889
013-3759889

Firuz – penjual sekuriti kewangan
Www.takafulmedicalcard.com

*jika anda sudi berjumpa saya, saya akan ceritakan apakah perniagaan yang saya jalankan pada umur 25 tahun itu.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Sekuriti Kewangan Penting Atau Tidak?

sekuriti kewangan

Pernahkah anda dengar tentang Sekuriti Kewangan?

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin yang tidak lagi tahu apa bendanya sekuriti kewangan. Sekuriti kewangan ialah satu jaminan bahawa jika terjadi sesuatu kepada simpanan anda, adakah anda akan mendapat semula bantuan kewangan tersebut atau mendapat pampasan perlindungan terhadap simpanan anda.

Pernahkah anda mendengar PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)?

Ianya satu badan kerajaan yang melindungi akaun simpanan dan insurans anda sekiranya berlaku masalah kewangan kepada pemberi servis itu kepada anda contohnya Bank. Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka duit anda akan masih lagi wujud didalam database Bank Negara. Malaysia merupakan antara negara yang terawal membuat PIDM ini.

Ok , itu untuk sekuriti kewangan anda bila berurusan dengan bank atau insurans. Tetapi bagaimana pula jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda, dan anda tidak dapat membuat simpanan dibank tersebut? Apa pula sekuriti kewangan anda bagi pendapatan anda?

Disebabkan sekuriti kewangan inilah, saya telah bergaduh dengan isteri kesayangan saya. Beliau membangkitkan perkara ini apabila kami berbincang untuk menyelesaikan masalah  rumahtangga kami. Saya sebenarnya agak kagum juga bila isteri saya menyebut tentang perihal sekuriti kewangan.

Rupa-rupanya, sekuriti kewangan kami masih lagi tidak kukuh malah boleh dikatakan rapuh sekali apabila satu atau dua bencana melanda keluarga kami, boleh meranap terus rumahtangga kami.

Bagaimana Untuk Kukuhkan Sekuriti Kewangan Kami?

Kami hanya gunakan langkah seperti dibawah untuk membuat analisis

  1. Kenal pasti belanja bulanan termasuk dengan hutang
  2. Utamakan hutang yang besar terlebih dahulu terutamanya rumah, kereta dan kad kredit
  3. Cross check setiap hutang dengan pampasan insurans takaful sama ada ianya boleh offset setiap hutang kami jika terjadi perkara buruk terhadap salah seorang dari kami
  4. Budgetting untuk simpanan bersama kerana ianya lebih mudah jika terjadi apa apa yang tidak diingini, salah seorang dari kami boleh mengeluarkan simpanan ini tanpa perlu proses faraid
  5. Check penama-penama yang telah dibuat seperti di Tabung Haji, ASB dan sebagainya
  6. Mencari surplus atau lebihan yang perlu untuk selesaikan hutang.

Jadi antara point 1 hingga 6, point yang no.3 adalah sangat penting bagi kami kerana ianya bukan sedikit malah banyak. Hanya dengan meningkatkan pampasan takaful kami sahaja boleh selesaikan dan menjadi sekuriti kewangan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak saya.

Berapa jumlah yang diperlukan itu? RM 500,000 pampasan. Bayaran bulanan yang perlu saya keluarkan untuk tambah RM 500,000 ialah RM 300 sebulan sahaja.

Barulah lengkap sekuriti kewangan saya untuk masa ini. Jika anda mahukan sekuriti kewangan seperti ini boleh hubungi saya di

013-3759889 Firuz . Penjual Sekuriti Kewangan 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Agen Insurans Takaful Menipu

agen takaful

Agen Insurans Takaful Menipu

Lumrah dalam kehidupan kita pasti kita tidak akan terlepas dengan penipuan dan kejahatan manusia. Walaupun berhati-hati macam mana pun kita, kita mungkin akan terkena juga. Begitu juga didalam bidang takaful ini, bukannya semua agen bagus. Dan jika anda terjumpa yang bagus, diharap anda pula tidak mempermainkan dia.

Disini saya nak terangkan tips apabila anda rasa telah ditipu dengan agen insurans takaful yang menipu

  1. Pertama sekali anda harus tahu apakah yang ditipunya? Duit atau produk
  2. Hubungi syarikat takaful dimana agen insurans takaful itu bernaung
  3. Jika anda mendapati terdapat masalah produk, anda harus mendapat maklum balas dari syarikat takaful tersebut
  4. Dapatkan info mengenai agensi manager atau ketua agensi tersebut dan hubungi beliau dan ceritakan masalah
  5. Dalam keadaan ini, jangan diikutkan emosi seperti hendak viral atau sebaran perkara yang tidak betul kerana silap-silap anda pula akan bermasalah nanti apabila ada tindakan undang-undang diambil
  6. Dapatkan penjelasan dengan membuat follow up setiap minggu sehingga anda puas hati

 

Tetapi bagaimana pula jika pelanggan yang menipu? Kepada siapa kami sebagai agen hendak report? kikikiki

 

Sekian

013-3759889 Firuz Agen takaful AIA Takaful

 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Memilih Kad Perubatan Untuk Anda

 

tips memilih kad perubatan

Tips Memilih Kad Perubatan

Seringkali kita mendengar ramai orang yang mengeluh apa yang patut dipilih didalam kad perubatan sehingga akhirnya tidak mengambil langsung apa apa. Disini saya berikan cara memilih kad perubatan dengan cara yang paling mudah dan senang sekali. Semoga dengan tips memilih kad perubatan ini dapat menyelesaikan masalah pening kepada anda

  1. Faktor Perlindungan dalam masa setahun

Berapakah nilai tahunan kad perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Ada yang bernilai RM50,000 setahun, ada yang RM30,000 setahun dan ada yang sehingga RM2 juta setahun. Faktor ini adalah benda yang paling penting sekali kerana ianya boleh mempengaruhi kos rawatan yang besar seperti Kanser, Jantung atau Buah Pinggang.

2.  Faktor Had Limit Seumur Hidup

Apabila setiap tahun anda menggunakan kad perubatan takaful, had limit seumur hidup akan ditolak. Tetapi tidak di AIA Public Takaful kerana kami tiada Had Limit Seumur Hidup

3. Faktor Kadar Bilik

Bila kita masuk hospital, kita perlukan ketenangan dan keselesaan. Keselesaan bila masuk hospital adalah bila kita tidak perlu berkongsi bilik air, berkongsi TV mahupun berkongsi bilik. Kadar sewaan bilik setiap tahun akan meningkat. Dahulu dengan kadar RM200 sehari, anda boleh dapat bilik secara berseorangan,tetapi tidak lagi pada hari ini, RM200 sehari hanya untuk bilik kongsi 2 orang.

Inilah faktor utama dalam tips memilih kad perubatan untuk anda

Hubungi Firuz 013-3759899 atau layari http://takafulmedicalcard.com untuk maklumat yang lanjut

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Medical Card Takaful Family AIA Terbaik

medical card takaful family

Medical Card Takaful Family

Polisi medical card takaful AIA ialah sebuah pelan yang boleh memberi perlindungan maksima kepada anda. Ianya adala satu-satunya medical card keluarga yang paling dipercayai di Malaysia. Tahukah anda bahawa kad perubatanTakaful AIA boleh melindungi anda sehingga 100 tahun dan tanpa deposit diperlukan bagi hospital panel yang terpilih

Tambahan pula medical card takaful family AIA ini ialah tiada ko-takaful bermaksud anda tidak perlu membayar apa apa pun sekiranya anda atau keluarga anda dimasukkan ke dalam wad. Sudah tentu ianya akan memudahkan anda dan keluarga anda.

Antara kelebihan yang terdapat didalam kad perubatan ini ialah

  1. Had limit 100 tahun
  2. Tiada Ko Takaful
  3. Tiada Deposit
  4. Satu Polisi Bagi 1 Keluarga
  5. Had Limit Yang Berlainan Bagi Setiap Keluarga
  6. Tiada Had Limit Seumur Hidup
  7. Perlepasan Cukai
  8. Sehingga 4 orang anak dibolehkan didalam satu polisi

Hubungi 013-3759889 Firuz untuk penerangan percuma http://www.takafulmedicalcard.com

 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Sebagai Agen Insurans

Biasa saya dalam seminggu mesti saya dapat 3-7 call kata nak ambil insurans tiba-tiba.. dan biasanya orang yang saya pernah call dulu yang tak nak jawab call saya, yang terus off handset bila saya dah sampai ke tempat appointment, yang cakap tak minat akan call saya semula..tetapi malangnya yang call saya semula itu sudah accident, sudah kena kanser, sudah sakit buah pinggang..

Insurans ni tak perlukan minat untuk ambil..ianya bukan hobi untuk kita minat..ianya persediaan..Jika diberi pilihan RM 4 sehari dan RM 20 sehari mana yang lebih anda berminat untuk mengeluarkan duit sekarang ini?

www.takafulmedicalcard.com

 

agen insurans

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Bad Debt Good Debt

BAD DEBT & GOOD DEBT..

Walaupun kedua-duanya adalah hutang secara mata kasarnya, tetapi ianya adalah berbeza..Pernahkah anda mendengar kawan-kawan bercakap “Aku nak beli kereta cash, beli rumah cash, beli semua barang cash”?Pernahkan sebab saya pun bercakap benda yang sama.. Tetapi pernah tak dengar kawan-kawan cakp ” Aku nak beli pun berhutang…janji mampu bayar, atau aku hanya mampu beli Gen2 sahaja buat masa ni,tu pun installment”… Mesti pernah dengar juga kan

Ok disini saya kategorikannya sebagai situasi A & B

Situasi A
Ali adalah seorang yang bekerja sebagai engineer disebuah syarikat Oil & Gas dengan bergaji RM 14,000 sebulan, dia mampu membeli sebuah motor cash.. tetapi dia tidak mahu membeli kereta n rumah lagi disebabkan beliau suka bayar cash.. jadi apa yang beliau buat ialah mengumpul gaji beliau tiap2 bulan agar dapat beli barang tanpa berhutang.. Bagus betul Ali ni..

Situasi B
Azim adalah seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat telekomunikasi dan bergaji RM 3,500 sebulan.. Dia tidak mampu membeli barang secara cash, tetapi dia mempunyai sebuah rumah berharga RM 300,000 dan sebuah kereta secondhand jenis Gen2.. Jadi disini jika dilihat yang paling akan ada masalah kewangan ialah Azim..

Tetapi bila dia menjalankan Financial Planning untuk dirinya sendiri iaitu pembahagaian dari Gaji beliau

60%- Perbelanjaan
30%- Simpanan
10%- Insurans

Maka dirinya berada dalam keadaaan yang tersusun dan cashflow positif.. berbeza jika dilihat dengan Ali yang membuat lebih dari 30% Simpanan dan COnfirm satu hari nanti akan membeli Rumah n kereta secara CASH yang akan mengakibatkan tiada langsung baki tertinggal..

Jadi siapa kata hutang kita tu tak bagus.. Betul ramai orang cakap mati jangan meninggalkan hutang.. Tapi kalau dah xda LIFE INSURANCE/ TAKAFUL memang la takleh setelkan hutang.. Orang ramai ambil LIFE INSURANCE bernilai Ratus-ratus ribu sebab mereka faham TOOLS untuk tidak meninggalkan hutang. Betul tak?

Free Quote www.takafulmedicalcard.comGood-Bad-Debt1

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Murah Rezeki

Setiap kali selepas sembahyang kita selalu berdoa agar dibukakan pintu rezeki..Tapi tak juga dapat-dapat apa yang kita hajati..Bermacam usaha telah dilakukan tetapi result masih lagi sama..

Mari kita refleks semula tentang diri kita,
1. Cukup ke waktu solat.
2. Adakah solat itu kita lengah-lengahkan atau masuk waktu terus sembahyang
3. Adakah kita ada melakukan sesuatu yang mengecilkan hati ibu bapa kita.. Cepat2 telefon dan minta ampun
4. Bagaimanakah hubungan kita dengan orang sekeliling kita? adakah kita menjaganya
5. Sudahkah kita solat Dhuha
6. Adakah kita melakukan solat tahajjud
7. Bagaimana doa kita ketika selepas selesai solat? Bersungguh2 atau dalam keadaan yang bersahaja semata-mata untuk menghabiskan sembahyang sahaja
8. Apakah niat kita untuk jadi kaya? adakah untuk menunjuk-nunjuk atau memberi kesenangan pada keluarga dan membantu orang lain
9. Bagaimana pula dengan sedekah kita?
10. Adakah kita selalu mengeluh?
11. Adakah bangun pagi-pagi kita bersyukur kerana masih lagi hidup dan masih lagi sihat untuk melakukan pekerjaan?

Mungkin ada lagi antara yang anda boleh fikirkan dan tambah…

Cadangan saya:
Periksa semua perkara diatas.. dan cuba amalkan surah Al-Waqiah.. sebelum tidur..

Kisah benar dari saya sendiri..
Sebelum saya melakukan pekerjaan sebagai perancang kewangan saya ada melakukan bisnes lain.. Ketika itu bisnes saya sedang mengalami kemerosotan sehingga duit didalam akaun saya hanya tinggal Rm300 sahaja untuk hidup dan membayar bil2 dan pinjaman.. Emak saya suruh saya amalkan surah Al-Waqiah.. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu dan amalan ini.. tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari seorang sahabat saya yang ingin memasukkan RM10000 ke dalam akaun saya.. Sahabat saya ini pernah saya tolong pada suatu ketika dahulu ketika dia dalam keadaan susah.. Mungkin sebab dia tahu saya sedang mengalami kesusahan maka Allah membukakan pintu hatinya untuk memberi saya duit itu bukan sebagai pinjaman..

Cuba amalkan setiap hari untuk mendapat kesan dan berdoa lah bersungguh-sungguh .. InsyaAllah..

Dapatkan simpanan 3 dalam satu untuk anda dan keluarga anda
Hubungi Firuz 013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Law Of Attraction Pelik Tetapi Benar

Bagaimana Anda Hendak Mendapatkan Benda atau Perkara Yang Anda Idamkan Secara Mudah

Dahulu sebelum saya menceburi bidang insurans dan perancangan kewangan saya langsung tidak mengetahui bahawa kita boleh menggunakan kuasa minda untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan dan menukarkan ianya menjadi satu realiti.

Setelah didedahkan dengan minda adalah satu kuasa yang kuat untuk mendapatkan apa saja yang kita inginkan dengan menanam satu azam dan keinginan yang sangat kuat.

Sebagai contoh:
Parking dihadapan pintu shopping complex.. siapa yang tak ingin mendapatkan satu parking di hadapan shopping complex? betul kan? sebelum keluar rumah saya sudah bayangkan kemana shopping complex yang saya akan tuju, dimana saya akan parking dan pada kebiasaanya saya akan mendapat tempat parking tersebut.

Sama seperti saya ingin memiliki client yang kerja hebat, hari-hari saya bayangkan saya mendapat satu client yang hebat dan alhamdulillah saya telah mendapatkannya..

Jika anda hendak memahami apa itu law of attraction anda boleh merujuk pada video The Secret: law Of Attraction..

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kenapa anda perlu mempunyai kad perubatan

Kad perubatan akan membolehkan anda mendapat rawatan yang terpantas jika anda menghidapi penyakit. Persoalan disini adakah anda tahu bilakah anda akan sakit?

Jika anda membeli sebuah kereta atau rumah secara tunai atau bahasa omputihnya cash, anda memang tidak perlukan medical card. Adakah anda dapat bayangkan jika pada masa terdesak tiba-tiba anda memerlukan rm50,000 untuk merawat isteri anda?

Apa yg anda akan lakukan pada masa kecemasan itu? Adakah anda akan meminjam? Dan jika anda pinjam bolehkah anda pinjam dr bank pada masa itu?

Fikirkan lah sendiri ya.. Sbb ini keluarga anda dan bukan keluarga saya. Setiap ahli keluarga saya yelah saya sediakan rm1juta hanya untuk rawatan perubatan.. Jadi saya tidak perlu lagi tercari2 untuk mendapatkan duit…

P/s: jika anda tidak mampu sediakan rm5 sehari utk diri sendiri macam mana anda nak sediakan rm1000 pada masa kecemasan? Mintak kat jabatan kebajikan je lah..isi borang 5-8 bulan baru dapat reply.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.