Takaful Medical Card AIA Menu

Medical Card

Permalink:

Kad Perubatan Untuk Anak Kesayangan Anda?

Kad Perubatan Untuk Anak Kesayangan Anda?

Takaful medical card

Apa yang bersesuaian untuk anak kesayangan anda

Banyak jenis kad perubatan untuk anak yang ditawarkan oleh syarikat takaful di Malaysia ini. Namun yang mana satu bersesuaian untuk anak anda

Kebanyakan yang ada di Malaysia ini didatangkan dengan simpanan dan pelaburan yang mana pada sekian umur contohnya pada umur anak 21 tahun, anda boleh mengeluarkan simpanan yang ada untuk kegunaan seperti kemasukan ke universiti atau kolej, untuk perkahwinan mereka atau sebagainya.

Minimum pelaburan bulanan untuk kad perubatan bersama dengan simpanan adalah RM 150 sebulan namun AIA Public Takaful ada mengeluarkan satu jenis kad perubatan yang mana boleh diambil tanpa simpanan

Kadar premium bulanan adalah serendah RM 65 sebulan sahaja dan ini pasti menjimatkan lagi wang anda disamping memberi perlindungan di hospital

Kad Perubatan ini dipanggil Stand Alone Policy yang mana minimum coverage adalah Rm100,000 setahun dan tiada had seumur hidup. Kadar kemasukan bilik ialah RM150 sehari.

Kad perubatan ini boleh digunakan di lebih 80 hospital panel AIA diseluruh Malaysia. Sekiranya berlaku kemalangan namun tidak dimasukkan ke wad, bil rawatan boleh diclaim secara pay and claim.

Menarik kan ?

Hubungi 013-3759889 Firuz untuk keterangan lanjut atau layari http://www.takafulmedicalcard.com untuk maklumat lanjut

 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kad Perubatan Untuk Warga Emas

Kad perubatan warga emas

Ada Ke Kad Perubatan Untuk Warga Emas ?

Umum mengetahui bahawa Kad Perubatan adalah sesuai untuk orang yang lebih muda kerana bayaran premium bulanan adalah lebih rendah.

Tetapi bagaimana pula dengan warga emas?

Boleh ke mengambil kad perubatan?

Dengan AiA public Takaful kami ada sediakan kad perubatan untuk warga emas dengan nilai premium bulanan yg berpatutan dan had tahunan bermula rm75,000 setahun sehingga rm1.5juta setahun.

Bagi kad perubatan dengan had tahunan rm75,000 setahun akan terdapat nilai seumur hidup iaitu rm200,000.

sikit sangat?

Apa kata kita buangkan had tahunan. Tetapi ini akan menaikkan lagi premium bulanan anda.

Syarat untuk mengambil kad perubatan untuk warga emas ini ialah

  1. Mesti berumur dibawah 69 tahun
  2. masih lagi dalam keadaan sihat
  3. sekiranya apply sebelum umur 55 tahun tidak perlukan medical checkup

Pada saya, lebih baik ada daripada tiada kerana bayangkan jika hari ni tiba tiba kena strok dan perlukan on the spot treatment bagaimana?

Berminat?

Boleh isi maklumat di www.takafulmedicalcard.com atau hubungi 013-3759889 firuz

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Memilih Kad Perubatan Untuk Anda

 

tips memilih kad perubatan

Tips Memilih Kad Perubatan

Seringkali kita mendengar ramai orang yang mengeluh apa yang patut dipilih didalam kad perubatan sehingga akhirnya tidak mengambil langsung apa apa. Disini saya berikan cara memilih kad perubatan dengan cara yang paling mudah dan senang sekali. Semoga dengan tips memilih kad perubatan ini dapat menyelesaikan masalah pening kepada anda

  1. Faktor Perlindungan dalam masa setahun

Berapakah nilai tahunan kad perubatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Ada yang bernilai RM50,000 setahun, ada yang RM30,000 setahun dan ada yang sehingga RM2 juta setahun. Faktor ini adalah benda yang paling penting sekali kerana ianya boleh mempengaruhi kos rawatan yang besar seperti Kanser, Jantung atau Buah Pinggang.

2.  Faktor Had Limit Seumur Hidup

Apabila setiap tahun anda menggunakan kad perubatan takaful, had limit seumur hidup akan ditolak. Tetapi tidak di AIA Public Takaful kerana kami tiada Had Limit Seumur Hidup

3. Faktor Kadar Bilik

Bila kita masuk hospital, kita perlukan ketenangan dan keselesaan. Keselesaan bila masuk hospital adalah bila kita tidak perlu berkongsi bilik air, berkongsi TV mahupun berkongsi bilik. Kadar sewaan bilik setiap tahun akan meningkat. Dahulu dengan kadar RM200 sehari, anda boleh dapat bilik secara berseorangan,tetapi tidak lagi pada hari ini, RM200 sehari hanya untuk bilik kongsi 2 orang.

Inilah faktor utama dalam tips memilih kad perubatan untuk anda

Hubungi Firuz 013-3759899 atau layari http://takafulmedicalcard.com untuk maklumat yang lanjut

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kad perubatan saya dah lebih Dari tempoh bertenang tetapi bila claim tak leaps

Disinilah yang terjadi apabila agen tidak menerangkan dengan lengkap yang kad perubatan tidak kisah lah Dari mana operator takaful pun Ada menyediakan satu lagi klausa yang dipanggil contestable period. Atau challenge period yang mana pihak  operator takaful boleh tidak membayar seketika claim atau rawatan peserta Takaful untuk sementara waktu bagi menjalankan siasatan bagi penyakit yang dihadapi.

ianya termaktub didalam setiap polisi bagi 36 jenis penyakit kritikal. sebagai contoh penyakit jantung yang serius atau kanser seperti ditahap 3 atau 4 . Jika peserta sebelum ini tidak pernah mendapatkan rawatan dimana mana hospital baru lah syarikat Takaful Akan membayar bil tersebut. Dan jika pernah tetapi peserta Takaful tidak declare didalam borang maka syarikat Takaful tidak akan membayar bil peserta tersebut

 

hubungi 0133759889 untuk Takaful yang terbaik

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kita Atau Dia

“Kita atau dia…”Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan olehMASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan…..renung mata anak kita….renung sedalam-dalamnya…sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah….adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?…siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia…kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?….

Jadi, pelan Takaful Smartlink daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

PRUBSN SMARTLINK adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur diantara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink ini adalah flexible dimana anda boleh memilih samada pelan tersebut matang apabila anak anda berumur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Menarik bukan?

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Mengapa Wanita Perlukan Insurans

 

Prudential BSN Takaful

MENGAPA WANITA PERLUKAN INSURANS
Oleh kerana wanita hari ini begitu istimewa dan memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kaum lelaki, mereka memerlukan perancangan insurans yang sempurna, bagi memastikan kehidupan dan masa depan mereka terjamin.

UNTUK MELINDUNGI KEBAJIKAN SENDIRI
Sebab utama mengapa wanita memerlukan insurans, adalah kerana kehidupannya yang mudah terdedah kepada pelbagai risiko penyakit dan masalah kehidupan.
Anda perlu sedar bahawa, semakin meningkat umur anda, semakin tinggi risiko untuk anda menghidap pelbagai jenis penyakit berbahaya. Sebagai contoh, penyakit yang pada awalnya disangka apendiks, rupa-rupanya adalah kanser usus. Benjolan yang disangka ketumbuhan biasa (cyst), rupa-rupanya kanser payudara.
Suami yang anda harapkan sebagai pelindung kebajikan, rupa-rupanya dialah yang pertama menuntut cerai kerana tidak sanggup untuk menjaga anda yang sudah tidak berupaya.
Kejadian seperti di atas sudah banyak kali berlaku dan sebagai wanita bijak, jangan anggap apa yang berlaku ke atas orang lain, tidak akan berlaku ke atas diri anda. Sebab itulah anda perlu melindungi sumber kewangan anda sekarang. Anda juga perlu sedar bahawa, dari segi statistik, wanita biasanya hidup lebih lama dari lelaki (mencecah umur 75 hingga 80 tahun).
Dan jika anda hidup lebih lama, anda tentunya memerlukan wang untuk menyara hidup anda. Masalahnya, siapa akan menyara hidup anda, jika anda sudah tidak bekerja lagi?
Kata orang tua-tua, seorang ibu boleh menjaga 8 orang anak. Tetapi dalam realiti kehidupan sekarang, 8 orang anak, belum tentu sanggup menjaga seorang ibu!
Anda mungkin menjadi suatu beban kepada anak anda sendiri. Lebih-lebih lagi apabila anda sering sakit, kurang upaya, menumpang rumahnya atau mengharapkan wang bulanan darinya.
Untuk mengatasi masalah sebegini, anda perlu membuat simpanan persaraan mulai sekarang, agar anda dapat meneruskan kehidupan anda, tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa, termasuklah dari anak anda sendiri.
Menyimpan dari sekarang, kurang peritnya berbanding menyimpan ketika umur sudah hampir bersara. Ini kerana, untuk mengumpulkan tabung persaraan sebanyak RM100,000 anda hanya perlu menyimpan RM334 sebulan ketika berumur 30 tahun, berbanding RM1,667 sebulan ketika berumur 50 tahun.

UNTUK MELINDUNGI KEPENTINGAN KE ATAS SUAMI
Bagi wanita yang bergantung pendapatan dari suami, tidak kira sama ada anda seorang suri rumah, bekerja atau berniaga, anda memerlukan insurans bagi menjamin nafkah yang berterusan dari suami.
Sekiranya semalam suami anda hilang keupayaan untuk bekerja, sama ada akibat sakit atau kemalangan, gaji bulanannya juga akan terhenti setakat itu sahaja.
Kalau ketika suami masih sihat pun, anda sudah mengeluh tentang perbelanjaan keluarga yang terpaksa anda tanggung bersama, cuba anda bayangkan, betapa sengsaranya hidup anda apabila terpaksa menanggung kesemuanya?
Lebih-lebih lagi apabila suami anda ada banyak hutang pinjaman yang perlu anda selesaikan, terutamanya apabila anda menjadi penjamin dan pewaris kepada hutangnya.
Oleh sebab itulah, anda perlu melindungi sumber pendapatan suami dan kos perubatannya agar kehidupan anda sendiri tidak terjejas nanti.

UNTUK MENJAMIN MASA DEPAN ANAK
Bagi wanita yang mempunyai impian untuk melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi (IPT), anda perlu membuat simpanan pendidikan mulai sekarang, agar impian tersebut tidak musnah di tengah jalan.
Simpanan untuk pendidikan anak, perlu anda seimbangkan dengan perlindungan kebajikannya terutamanya dari segi perubatan hospital. Jika anda hanya menyimpan sahaja, tetapi tidak melindungi kebajikannya, suatu hari nanti, anda pasti akan menebus-semula simpanan tersebut, bagi menampung kos perubatan hospitalnya.

UNTUK MENGHARGAI JASA BAIK IBU BAPA
Bagi wanita yang masih mempunyai ibu bapa, anda mungkin terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak ketika ibu bapa sakit atau ketika mereka memerlukan penjagaan. Anda mungkin terpaksa berhutang di sana sini semata-mata untuk mengambil hati ibu bapa yang sudah banyak berjasa membesarkan anda selama ini.
Mengambil insurans perubatan dan insurans warga emas, adalah salah satu cara paling efektif untuk menghargai jasa ibu bapa kita yang sudah tua.
Bukan sahaja anda dapat menyediakan rawatan hospital yang sempurna untuk mereka, malahan pelbagai kos penjagaan juga dapat anda ganti-semula melalui pampasan insurans yang anda belikan untuk mereka.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kenapa anda perlu mempunyai kad perubatan

Kad perubatan akan membolehkan anda mendapat rawatan yang terpantas jika anda menghidapi penyakit. Persoalan disini adakah anda tahu bilakah anda akan sakit?

Jika anda membeli sebuah kereta atau rumah secara tunai atau bahasa omputihnya cash, anda memang tidak perlukan medical card. Adakah anda dapat bayangkan jika pada masa terdesak tiba-tiba anda memerlukan rm50,000 untuk merawat isteri anda?

Apa yg anda akan lakukan pada masa kecemasan itu? Adakah anda akan meminjam? Dan jika anda pinjam bolehkah anda pinjam dr bank pada masa itu?

Fikirkan lah sendiri ya.. Sbb ini keluarga anda dan bukan keluarga saya. Setiap ahli keluarga saya yelah saya sediakan rm1juta hanya untuk rawatan perubatan.. Jadi saya tidak perlu lagi tercari2 untuk mendapatkan duit…

P/s: jika anda tidak mampu sediakan rm5 sehari utk diri sendiri macam mana anda nak sediakan rm1000 pada masa kecemasan? Mintak kat jabatan kebajikan je lah..isi borang 5-8 bulan baru dapat reply.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Pening Betul Nak Ambil Insurans, Ada Yang Mahal Ada Yang Murah

Kadang kadang ada dikalangan pelanggan ataupun orang ramai tidak mengetahui apa yang mereka bayar sebenarnya untuk ada insurans. Bila ditanya dah ada medical card? Jawapan biasa didengar dah ada.. Pastu bila ditunjuk medical yang macam ni ke bang? cakap takda pun dapat macam tu.. Tanya balik berapa ringgit bayar sebulan? Bayar RM 40 sebulan.. Abang ni biar betul kata medical card tapi bayar RM 40 sebulan plak tu..

Dalam Malaysia ni mana ada medical card harga RM40 bang oii.. tu pampasan je bang.. pampasan untuk kematian atau kemalangan sahaja.. Jangan kata RM 40, Rm 20 pun saya boleh jual kat abang kalau abang nak. Tapi persoalannya disini, adakah itu yang abang cari?

Biar saya cerita satu cerita…

Baru-baru ini, saya ada membuat aktiviti berjumpa dengan orang ramai, dan salah seorangnya ialah Polis. Polis ini datang ke hospital untuk melawat arwah kawannya yang baru sahaja meninggal akibat mengalami kanser prostat. Arwah berumur 24 tahun dan baru sahaja berkahwin 2 bulan. Tetapi apakan daya tuhan lebih menyayangi beliau. Arwah tidak sedar bahawa dia mengalami kanser prostat kerana takut untuk pergi ke hospital swasta jika dikenakan caj yang mahal. Itu alasan yang diberikan oleh arwah kepada rakanya apabila disuruh memeriksa dirinya ketika itu yang mengalami sakit dibahagian kemaluanya..

Akibat tindakan arwah tersebut, kansernya tidak dapat lagi dirawat kerana sudah merebak teruk. Kembali pula kepada soalan saya semula.Adakah insurans yang bernilai RM20 sebulan atau yang bernilai RM 150 sebulan yang abang perlukan pada masa ini? Anda yang menentukan sendiri masa depan kehidupan anda, dan bukanya saya.. Tugas saya adalah sebagai penasihat kewangan dan kesihatan agar diri anda dapat dijaga sepenuhnya.

Ketika saya menulis kandungan ini pun, dah ada 2 orang menelefon saya untuk berjumpa mengenai insurans..

Sekian & Adios

Firuz

013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Jawapan Untuk Suami Yang Tercinta

Kadang kadang aku menerima jawapan ini apabila menerangkan betapa pentingnya insurans untuk diberikan kepada balu dan keluarga jika si suami meninggal dunia secara tiba-tiba..

Antara jawapan ialah :
1. Saya berserah pada qada’ dan qadar’
2. Saya belum rasa nak mati lagi
3. Saya akan berpesan suruh isteri saya kahwin lain jika saya meninggal dunia
4. Tak mengapa, isteri saya akan keluar bekerja untuk menampung kehidupannya.
5. Saya dah ada insurans company…
6. Saya nak balik bincang dengan isteri..

Ni jawapan aku kepada si suami yang rasa cool, banyak duit, rasa power, rasa bagus sangat, dan yang paling aku tak suka ialah suami yang tidak bertanggungjawab (sori aku bengang ngan si suami yang rasa hebat macam ni) Dan jawapan-jawapan ini adalah untuk menimbulkan kesedaran dan bukannya untuk menghina..

Jawapan soalan no.1:
En suami yang hebat, memang betul setiap kehidupan kita sejak dilahirkan di bumi ini, telah ditentukan qada’ dan qadar’ dan begitu juga tempat dimana berlakunya kematian kita pun telah ditentukan. (Disini aku cakap tempat ye..bukan bila nak mati). Jadi En suami yang hebat, kalau u taknak ambil insurans pada hari ini pun aku tak kisah,dan aku pun bukannya jenis yang akan terhegeh2 untuk memaksa u. It’s your choice. sebab u hanya berserah pada qada’ dan qadar.. tetapi En Suami, apa pula qada’ dan qadar pada keluarga u? Adakah pada masa ini, keluarga u boleh hidup serba cukup dan setelah kematian u, kehidupan keluarga u akan menjadi tidak cukup?kalau u boleh senaraikan segala harta yang u akan tinggalkan pada keluarga u sekarang then i akan terus berjalan keluar dari appoinment kita ini. adakah qada’ dan qadar itu hanya berserah SEPENUHNYA pada Allah yang satu, atau u mempunyai pilihan dimana u boleh mengubahnya pada masa sekarang dan kemudiannya berserah pada qada’ dan qadar..

Jawapan soalan no.2:
En suami..sedangkan Malaikat hamba Allah yang paling taat pun tidak mengetahui bilakah manusia akan mati..macam mana u boleh stopkan malaikat datang mencabut nyawa u sekejap lagi apabila ajal u sedang tiba..En Suami memang power dan hebat ( so aku salam terus blah dari situ.. sebab no use berdialog dengan orang yang baghal macam ni)

Jawapan soalan no.3:
En suami…bagus tu bro nak suruh isteri u berkahwin lain.. Tetapi bro.. apa karakter yang bro suruh isteri bro cari pada suami yang baru tu.. Rasa-rasa bro lah kan…kalau bro sekrang ini bujang..dan bro ada berjumpa dengan seorang janda anak 4 yang berumur 46 yang tidak mempunyai harta.. Bro nak kahwin tak ngan janda tu?Pastu kan bro, bro rasa bro boleh ke jaga anak-anak janda tu? So bro..logik tak situasi ini berlaku pada isteri bro bila bro dah takda nanti?Lagi satu kan bro..kalau ada sepuluh orang janda kat kawasan rumah bro sekarang ini, rasa-rasanya lah kan, berapa orang daripada janda-janda itu akan berkahwin?

Jawapan soalan no.4:
En suami..pada pendapat u lah kan..berapa syarikat yang akan ambil isteri u bekerja jika umur isteri u ialah 40 tahun? dan apakah pekerjaan isteri u yang u rasa mereka akan berikan? Ok aku faham, isteri u bekas pelajar master dan PHD..u rasa lahkan, kalau isteri u dah tak bekerja dah lebih dari 5, 8, 10 tahun..syarikat mana akan berikan isteri u pekerjaan?

Jawapan soalan no.5:
(Ini jawapan yang paling best)..En suami..u rasa berapa syarikat u akan berikan pampasan pada keluarga u? Memang betul u akan dapat RM100,000.. Tetapi u jangan lupa En Suami, bukan u yang membayar insurans u tu tetapi syarikat u yang bayarkan.Jadi syarikat u ada hak untuk dapatkan semua duit itu bukan family u.. Lagipun dalam senarai penerima wang itu adalah 100% company u, bukannya family u pun.Family u berlawan dengan mahkamah mengenai pampasan itu 10 tahun pun takkan menang.. So u rasa berapa saguhati yang company u akan berikan pada family u? RM 5-10k?

Jawapan soalan no.6:
En suami..memang betul kadang-kadang kita memang perlu berbincang dengan pasangan kita..dan ini dinamakan hubungan sesama pasangan, bantu membantu..So En Suami..jika u sedang berjalan ke kereta u di shopping complex..tiba-tiba ada sebuah kereta dipandu laju hendak melanggar isteri u, u akan tanya isteri u tak “nak saya tarik ke..atau nak saya tolak?”.. En suami…saya setuju dengan cara u nak tanya isteri u dan saya takkan halang..Jadi en suami..bahagian yang mana yang u nak bincang dengan isteri u?

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.