Takaful Medical Card AIA Menu

Permalink:

Tips Murah Rezeki

Setiap kali selepas sembahyang kita selalu berdoa agar dibukakan pintu rezeki..Tapi tak juga dapat-dapat apa yang kita hajati..Bermacam usaha telah dilakukan tetapi result masih lagi sama..

Mari kita refleks semula tentang diri kita,
1. Cukup ke waktu solat.
2. Adakah solat itu kita lengah-lengahkan atau masuk waktu terus sembahyang
3. Adakah kita ada melakukan sesuatu yang mengecilkan hati ibu bapa kita.. Cepat2 telefon dan minta ampun
4. Bagaimanakah hubungan kita dengan orang sekeliling kita? adakah kita menjaganya
5. Sudahkah kita solat Dhuha
6. Adakah kita melakukan solat tahajjud
7. Bagaimana doa kita ketika selepas selesai solat? Bersungguh2 atau dalam keadaan yang bersahaja semata-mata untuk menghabiskan sembahyang sahaja
8. Apakah niat kita untuk jadi kaya? adakah untuk menunjuk-nunjuk atau memberi kesenangan pada keluarga dan membantu orang lain
9. Bagaimana pula dengan sedekah kita?
10. Adakah kita selalu mengeluh?
11. Adakah bangun pagi-pagi kita bersyukur kerana masih lagi hidup dan masih lagi sihat untuk melakukan pekerjaan?

Mungkin ada lagi antara yang anda boleh fikirkan dan tambah…

Cadangan saya:
Periksa semua perkara diatas.. dan cuba amalkan surah Al-Waqiah.. sebelum tidur..

Kisah benar dari saya sendiri..
Sebelum saya melakukan pekerjaan sebagai perancang kewangan saya ada melakukan bisnes lain.. Ketika itu bisnes saya sedang mengalami kemerosotan sehingga duit didalam akaun saya hanya tinggal Rm300 sahaja untuk hidup dan membayar bil2 dan pinjaman.. Emak saya suruh saya amalkan surah Al-Waqiah.. Alhamdulillah dengan berkat doa ibu dan amalan ini.. tiba-tiba saya menerima satu panggilan telefon dari seorang sahabat saya yang ingin memasukkan RM10000 ke dalam akaun saya.. Sahabat saya ini pernah saya tolong pada suatu ketika dahulu ketika dia dalam keadaan susah.. Mungkin sebab dia tahu saya sedang mengalami kesusahan maka Allah membukakan pintu hatinya untuk memberi saya duit itu bukan sebagai pinjaman..

Cuba amalkan setiap hari untuk mendapat kesan dan berdoa lah bersungguh-sungguh .. InsyaAllah..

Dapatkan simpanan 3 dalam satu untuk anda dan keluarga anda
Hubungi Firuz 013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Law Of Attraction Pelik Tetapi Benar

Bagaimana Anda Hendak Mendapatkan Benda atau Perkara Yang Anda Idamkan Secara Mudah

Dahulu sebelum saya menceburi bidang insurans dan perancangan kewangan saya langsung tidak mengetahui bahawa kita boleh menggunakan kuasa minda untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan dan menukarkan ianya menjadi satu realiti.

Setelah didedahkan dengan minda adalah satu kuasa yang kuat untuk mendapatkan apa saja yang kita inginkan dengan menanam satu azam dan keinginan yang sangat kuat.

Sebagai contoh:
Parking dihadapan pintu shopping complex.. siapa yang tak ingin mendapatkan satu parking di hadapan shopping complex? betul kan? sebelum keluar rumah saya sudah bayangkan kemana shopping complex yang saya akan tuju, dimana saya akan parking dan pada kebiasaanya saya akan mendapat tempat parking tersebut.

Sama seperti saya ingin memiliki client yang kerja hebat, hari-hari saya bayangkan saya mendapat satu client yang hebat dan alhamdulillah saya telah mendapatkannya..

Jika anda hendak memahami apa itu law of attraction anda boleh merujuk pada video The Secret: law Of Attraction..

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kenapa anda perlu mempunyai kad perubatan

Kad perubatan akan membolehkan anda mendapat rawatan yang terpantas jika anda menghidapi penyakit. Persoalan disini adakah anda tahu bilakah anda akan sakit?

Jika anda membeli sebuah kereta atau rumah secara tunai atau bahasa omputihnya cash, anda memang tidak perlukan medical card. Adakah anda dapat bayangkan jika pada masa terdesak tiba-tiba anda memerlukan rm50,000 untuk merawat isteri anda?

Apa yg anda akan lakukan pada masa kecemasan itu? Adakah anda akan meminjam? Dan jika anda pinjam bolehkah anda pinjam dr bank pada masa itu?

Fikirkan lah sendiri ya.. Sbb ini keluarga anda dan bukan keluarga saya. Setiap ahli keluarga saya yelah saya sediakan rm1juta hanya untuk rawatan perubatan.. Jadi saya tidak perlu lagi tercari2 untuk mendapatkan duit…

P/s: jika anda tidak mampu sediakan rm5 sehari utk diri sendiri macam mana anda nak sediakan rm1000 pada masa kecemasan? Mintak kat jabatan kebajikan je lah..isi borang 5-8 bulan baru dapat reply.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Pening Betul Nak Ambil Insurans, Ada Yang Mahal Ada Yang Murah

Kadang kadang ada dikalangan pelanggan ataupun orang ramai tidak mengetahui apa yang mereka bayar sebenarnya untuk ada insurans. Bila ditanya dah ada medical card? Jawapan biasa didengar dah ada.. Pastu bila ditunjuk medical yang macam ni ke bang? cakap takda pun dapat macam tu.. Tanya balik berapa ringgit bayar sebulan? Bayar RM 40 sebulan.. Abang ni biar betul kata medical card tapi bayar RM 40 sebulan plak tu..

Dalam Malaysia ni mana ada medical card harga RM40 bang oii.. tu pampasan je bang.. pampasan untuk kematian atau kemalangan sahaja.. Jangan kata RM 40, Rm 20 pun saya boleh jual kat abang kalau abang nak. Tapi persoalannya disini, adakah itu yang abang cari?

Biar saya cerita satu cerita…

Baru-baru ini, saya ada membuat aktiviti berjumpa dengan orang ramai, dan salah seorangnya ialah Polis. Polis ini datang ke hospital untuk melawat arwah kawannya yang baru sahaja meninggal akibat mengalami kanser prostat. Arwah berumur 24 tahun dan baru sahaja berkahwin 2 bulan. Tetapi apakan daya tuhan lebih menyayangi beliau. Arwah tidak sedar bahawa dia mengalami kanser prostat kerana takut untuk pergi ke hospital swasta jika dikenakan caj yang mahal. Itu alasan yang diberikan oleh arwah kepada rakanya apabila disuruh memeriksa dirinya ketika itu yang mengalami sakit dibahagian kemaluanya..

Akibat tindakan arwah tersebut, kansernya tidak dapat lagi dirawat kerana sudah merebak teruk. Kembali pula kepada soalan saya semula.Adakah insurans yang bernilai RM20 sebulan atau yang bernilai RM 150 sebulan yang abang perlukan pada masa ini? Anda yang menentukan sendiri masa depan kehidupan anda, dan bukanya saya.. Tugas saya adalah sebagai penasihat kewangan dan kesihatan agar diri anda dapat dijaga sepenuhnya.

Ketika saya menulis kandungan ini pun, dah ada 2 orang menelefon saya untuk berjumpa mengenai insurans..

Sekian & Adios

Firuz

013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Cara Menghapuskan Hutang

Bagaimana jika anda meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan hutang-hutang anda? Nak suruh keluarga anda selesaikan? Sedangkan mereka pun ada hutang yang perlu mereka sendiri selesaikan inikan pula hutang-hutang anda? Jadi bagaimana untuk memastikan jika anda meninggal dunia dalam keadaaan tiba-tiba keluarga anda dapat sempurnakan segala hutang anda?

Insurans sahaja yang dapat menyelesaikannya. 013-3759889 (Firuz)

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Jawapan Untuk Suami Yang Tercinta

Kadang kadang aku menerima jawapan ini apabila menerangkan betapa pentingnya insurans untuk diberikan kepada balu dan keluarga jika si suami meninggal dunia secara tiba-tiba..

Antara jawapan ialah :
1. Saya berserah pada qada’ dan qadar’
2. Saya belum rasa nak mati lagi
3. Saya akan berpesan suruh isteri saya kahwin lain jika saya meninggal dunia
4. Tak mengapa, isteri saya akan keluar bekerja untuk menampung kehidupannya.
5. Saya dah ada insurans company…
6. Saya nak balik bincang dengan isteri..

Ni jawapan aku kepada si suami yang rasa cool, banyak duit, rasa power, rasa bagus sangat, dan yang paling aku tak suka ialah suami yang tidak bertanggungjawab (sori aku bengang ngan si suami yang rasa hebat macam ni) Dan jawapan-jawapan ini adalah untuk menimbulkan kesedaran dan bukannya untuk menghina..

Jawapan soalan no.1:
En suami yang hebat, memang betul setiap kehidupan kita sejak dilahirkan di bumi ini, telah ditentukan qada’ dan qadar’ dan begitu juga tempat dimana berlakunya kematian kita pun telah ditentukan. (Disini aku cakap tempat ye..bukan bila nak mati). Jadi En suami yang hebat, kalau u taknak ambil insurans pada hari ini pun aku tak kisah,dan aku pun bukannya jenis yang akan terhegeh2 untuk memaksa u. It’s your choice. sebab u hanya berserah pada qada’ dan qadar.. tetapi En Suami, apa pula qada’ dan qadar pada keluarga u? Adakah pada masa ini, keluarga u boleh hidup serba cukup dan setelah kematian u, kehidupan keluarga u akan menjadi tidak cukup?kalau u boleh senaraikan segala harta yang u akan tinggalkan pada keluarga u sekarang then i akan terus berjalan keluar dari appoinment kita ini. adakah qada’ dan qadar itu hanya berserah SEPENUHNYA pada Allah yang satu, atau u mempunyai pilihan dimana u boleh mengubahnya pada masa sekarang dan kemudiannya berserah pada qada’ dan qadar..

Jawapan soalan no.2:
En suami..sedangkan Malaikat hamba Allah yang paling taat pun tidak mengetahui bilakah manusia akan mati..macam mana u boleh stopkan malaikat datang mencabut nyawa u sekejap lagi apabila ajal u sedang tiba..En Suami memang power dan hebat ( so aku salam terus blah dari situ.. sebab no use berdialog dengan orang yang baghal macam ni)

Jawapan soalan no.3:
En suami…bagus tu bro nak suruh isteri u berkahwin lain.. Tetapi bro.. apa karakter yang bro suruh isteri bro cari pada suami yang baru tu.. Rasa-rasa bro lah kan…kalau bro sekrang ini bujang..dan bro ada berjumpa dengan seorang janda anak 4 yang berumur 46 yang tidak mempunyai harta.. Bro nak kahwin tak ngan janda tu?Pastu kan bro, bro rasa bro boleh ke jaga anak-anak janda tu? So bro..logik tak situasi ini berlaku pada isteri bro bila bro dah takda nanti?Lagi satu kan bro..kalau ada sepuluh orang janda kat kawasan rumah bro sekarang ini, rasa-rasanya lah kan, berapa orang daripada janda-janda itu akan berkahwin?

Jawapan soalan no.4:
En suami..pada pendapat u lah kan..berapa syarikat yang akan ambil isteri u bekerja jika umur isteri u ialah 40 tahun? dan apakah pekerjaan isteri u yang u rasa mereka akan berikan? Ok aku faham, isteri u bekas pelajar master dan PHD..u rasa lahkan, kalau isteri u dah tak bekerja dah lebih dari 5, 8, 10 tahun..syarikat mana akan berikan isteri u pekerjaan?

Jawapan soalan no.5:
(Ini jawapan yang paling best)..En suami..u rasa berapa syarikat u akan berikan pampasan pada keluarga u? Memang betul u akan dapat RM100,000.. Tetapi u jangan lupa En Suami, bukan u yang membayar insurans u tu tetapi syarikat u yang bayarkan.Jadi syarikat u ada hak untuk dapatkan semua duit itu bukan family u.. Lagipun dalam senarai penerima wang itu adalah 100% company u, bukannya family u pun.Family u berlawan dengan mahkamah mengenai pampasan itu 10 tahun pun takkan menang.. So u rasa berapa saguhati yang company u akan berikan pada family u? RM 5-10k?

Jawapan soalan no.6:
En suami..memang betul kadang-kadang kita memang perlu berbincang dengan pasangan kita..dan ini dinamakan hubungan sesama pasangan, bantu membantu..So En Suami..jika u sedang berjalan ke kereta u di shopping complex..tiba-tiba ada sebuah kereta dipandu laju hendak melanggar isteri u, u akan tanya isteri u tak “nak saya tarik ke..atau nak saya tolak?”.. En suami…saya setuju dengan cara u nak tanya isteri u dan saya takkan halang..Jadi en suami..bahagian yang mana yang u nak bincang dengan isteri u?

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Senarai 36 Jenis Penyakit Kritikal

Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi. Senarai penyakit kritikal adalah :

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk penerangan lebih lanjut tentang definasi tahap kritikal bagi setiap penyakit, anda boleh merujuk dokumen polisi atau menghubungi saya.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Senarai Penyakit Spesifik

Kad Perubatan PruBSN tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari pertama daripada tarikh sijil Takaful.

Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit -penyakit berikut dan keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan Takaful tidak kira samada Orang yang dilindungi sedar atau tidak :

1. Batu Karang di dalam sistem urinari dan biliari.
2. Darah tinggi atau penyakit-penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).
3. Diabetes mellitus.
4. Kesemua tumor, sista, polip, atau kanser.
5. Surgeri sinus, septum nasal atau tonsil.
6. Hernia, haemorhoid atau fistula.
7. Endometriosis atau Disfungsi Pendarahan Uterina

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Memilih Insurans

Ramai yang tertanya-tanya macamana nak pilih company yang betul, produk yang betul, agent yang betul, budget yang betul dan banyak lagi persoalan lain semasa nak beli insurans

Tips No 1 : Company Insurans Yang Betul

Mudah sahaja, bila kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter “kalau saya nak beli insurans company apa yang saya patut pilih”, keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih bankrupt dan anda perlu ambik insurans sekali lagi, sekiranya ada sudah ada penyakit….sorry,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company insurans akan mengenakan “admin charge” dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi “admin charge” jadi double.

Tips No 2 : Produk Yang Betul

Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan maksimum melebihi purata jangka hayat rakyat Malaysia. Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang untuk takaful perubatan contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat….

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi.
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 “maintenance tinggi” premium mahal…

Term Insurans @ Full Life Insurans

Biasanya saya cadangkan anda ambil Full Life Insurans dahulu baru ambil tambahan plan term life insurans, kenapa? Sebab kalau anda ambik term insurans perlindungan akan expired dan tiada guarantee extension tetapi kalau full life insurans contract anda macam sign dengan pen, ia akan berada di sana ketika anda perlukan sekiranya bayaran premium anda cantekkkkk.

Tips No 3 : Budget Yang Betul

Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% – 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa premuimnya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda beli. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil.Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.