Takaful Medical Card AIA Menu

Permalink:

Sekuriti Kewangan Penting Atau Tidak?

sekuriti kewangan

Pernahkah anda dengar tentang Sekuriti Kewangan?

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin yang tidak lagi tahu apa bendanya sekuriti kewangan. Sekuriti kewangan ialah satu jaminan bahawa jika terjadi sesuatu kepada simpanan anda, adakah anda akan mendapat semula bantuan kewangan tersebut atau mendapat pampasan perlindungan terhadap simpanan anda.

Pernahkah anda mendengar PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)?

Ianya satu badan kerajaan yang melindungi akaun simpanan dan insurans anda sekiranya berlaku masalah kewangan kepada pemberi servis itu kepada anda contohnya Bank. Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka duit anda akan masih lagi wujud didalam database Bank Negara. Malaysia merupakan antara negara yang terawal membuat PIDM ini.

Ok , itu untuk sekuriti kewangan anda bila berurusan dengan bank atau insurans. Tetapi bagaimana pula jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda, dan anda tidak dapat membuat simpanan dibank tersebut? Apa pula sekuriti kewangan anda bagi pendapatan anda?

Disebabkan sekuriti kewangan inilah, saya telah bergaduh dengan isteri kesayangan saya. Beliau membangkitkan perkara ini apabila kami berbincang untuk menyelesaikan masalah  rumahtangga kami. Saya sebenarnya agak kagum juga bila isteri saya menyebut tentang perihal sekuriti kewangan.

Rupa-rupanya, sekuriti kewangan kami masih lagi tidak kukuh malah boleh dikatakan rapuh sekali apabila satu atau dua bencana melanda keluarga kami, boleh meranap terus rumahtangga kami.

Bagaimana Untuk Kukuhkan Sekuriti Kewangan Kami?

Kami hanya gunakan langkah seperti dibawah untuk membuat analisis

  1. Kenal pasti belanja bulanan termasuk dengan hutang
  2. Utamakan hutang yang besar terlebih dahulu terutamanya rumah, kereta dan kad kredit
  3. Cross check setiap hutang dengan pampasan insurans takaful sama ada ianya boleh offset setiap hutang kami jika terjadi perkara buruk terhadap salah seorang dari kami
  4. Budgetting untuk simpanan bersama kerana ianya lebih mudah jika terjadi apa apa yang tidak diingini, salah seorang dari kami boleh mengeluarkan simpanan ini tanpa perlu proses faraid
  5. Check penama-penama yang telah dibuat seperti di Tabung Haji, ASB dan sebagainya
  6. Mencari surplus atau lebihan yang perlu untuk selesaikan hutang.

Jadi antara point 1 hingga 6, point yang no.3 adalah sangat penting bagi kami kerana ianya bukan sedikit malah banyak. Hanya dengan meningkatkan pampasan takaful kami sahaja boleh selesaikan dan menjadi sekuriti kewangan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak saya.

Berapa jumlah yang diperlukan itu? RM 500,000 pampasan. Bayaran bulanan yang perlu saya keluarkan untuk tambah RM 500,000 ialah RM 300 sebulan sahaja.

Barulah lengkap sekuriti kewangan saya untuk masa ini. Jika anda mahukan sekuriti kewangan seperti ini boleh hubungi saya di

013-3759889 Firuz . Penjual Sekuriti Kewangan 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.