Takaful Medical Card AIA Menu

Viewing all items for tag aia takaful

Permalink:

Kad Perubatan Paling Murah

Kad Perubatan Paling Murah ?

 

kad perubatan paling murah

Kad Perubatan Paling Murah. Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, orang ramai sudah mula tercari-cari apakah alternatif yang terbaik dan termurah untuk mereka sekarang ini. 2 tahun lepas dengan RM100 , separuh trolley supermarket kita boleh penuhkan. Tetapi sekarang hanya dapat beberapa item sahaja.

Begitu juga dengan plan kad perubatan paling murah . Adakah ianya wujud atau sekadar mitos sahaja. Dengar pula dari surat khabar dan media sosial yang mengatakan kos perubatan meningkat naik 8%. Macam mana nak dapatkan kad perubatan paling murah.

Dengan AIA Takaful anda boleh mendapatkan kad perubatan paling murah untuk individu dan keluarga anda. Bayangkan dengan umur 30 tahun, anda masih boleh dapatkan perlindungan individu serendah RM 67 sebulan. Sudah tentu ianya adalah kad perubatan paling murah.

Dengan penjimatan sebegini, anda tidak perlu lagi untuk mengikat perut atau membuang perkara yang anda suka. Hanya dengan AIA sahaja anda boleh mendapatkan perlindungan menyeluruh dengan harga yang sangat berpatutan dan tidak membebankan diri anda dan keluarga

Bermula dari RM 65 sebulan untuk individu dan RM 350 untuk keluarga ( ibu bapa dan  4 orang anak) ianya sangat berbaloi

Klik Link dibawah untuk menghubungi saya http://www.takafulmedicalcard.com atau PM/Whatsapp 013-3759889 (Firuz)

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Sekuriti Kewangan Penting Atau Tidak?

sekuriti kewangan

Pernahkah anda dengar tentang Sekuriti Kewangan?

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin yang tidak lagi tahu apa bendanya sekuriti kewangan. Sekuriti kewangan ialah satu jaminan bahawa jika terjadi sesuatu kepada simpanan anda, adakah anda akan mendapat semula bantuan kewangan tersebut atau mendapat pampasan perlindungan terhadap simpanan anda.

Pernahkah anda mendengar PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)?

Ianya satu badan kerajaan yang melindungi akaun simpanan dan insurans anda sekiranya berlaku masalah kewangan kepada pemberi servis itu kepada anda contohnya Bank. Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka duit anda akan masih lagi wujud didalam database Bank Negara. Malaysia merupakan antara negara yang terawal membuat PIDM ini.

Ok , itu untuk sekuriti kewangan anda bila berurusan dengan bank atau insurans. Tetapi bagaimana pula jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda, dan anda tidak dapat membuat simpanan dibank tersebut? Apa pula sekuriti kewangan anda bagi pendapatan anda?

Disebabkan sekuriti kewangan inilah, saya telah bergaduh dengan isteri kesayangan saya. Beliau membangkitkan perkara ini apabila kami berbincang untuk menyelesaikan masalah  rumahtangga kami. Saya sebenarnya agak kagum juga bila isteri saya menyebut tentang perihal sekuriti kewangan.

Rupa-rupanya, sekuriti kewangan kami masih lagi tidak kukuh malah boleh dikatakan rapuh sekali apabila satu atau dua bencana melanda keluarga kami, boleh meranap terus rumahtangga kami.

Bagaimana Untuk Kukuhkan Sekuriti Kewangan Kami?

Kami hanya gunakan langkah seperti dibawah untuk membuat analisis

  1. Kenal pasti belanja bulanan termasuk dengan hutang
  2. Utamakan hutang yang besar terlebih dahulu terutamanya rumah, kereta dan kad kredit
  3. Cross check setiap hutang dengan pampasan insurans takaful sama ada ianya boleh offset setiap hutang kami jika terjadi perkara buruk terhadap salah seorang dari kami
  4. Budgetting untuk simpanan bersama kerana ianya lebih mudah jika terjadi apa apa yang tidak diingini, salah seorang dari kami boleh mengeluarkan simpanan ini tanpa perlu proses faraid
  5. Check penama-penama yang telah dibuat seperti di Tabung Haji, ASB dan sebagainya
  6. Mencari surplus atau lebihan yang perlu untuk selesaikan hutang.

Jadi antara point 1 hingga 6, point yang no.3 adalah sangat penting bagi kami kerana ianya bukan sedikit malah banyak. Hanya dengan meningkatkan pampasan takaful kami sahaja boleh selesaikan dan menjadi sekuriti kewangan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak saya.

Berapa jumlah yang diperlukan itu? RM 500,000 pampasan. Bayaran bulanan yang perlu saya keluarkan untuk tambah RM 500,000 ialah RM 300 sebulan sahaja.

Barulah lengkap sekuriti kewangan saya untuk masa ini. Jika anda mahukan sekuriti kewangan seperti ini boleh hubungi saya di

013-3759889 Firuz . Penjual Sekuriti Kewangan 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Perlindungan Kewangan Islam Ada Ke?

funny-cat-looking-bag-money-vector-illustration-68174088

Ada ke Perlindungan Kewangan Islam di Malaysia ini?

Sebenarnya banyak cara untuk melindungi kewangan anda secara islamik atau pun mengikut syariah. Antaranya ialah dengan mengambil takaful bagi melindungi pendapatan yang anda dapat setiap bulan.

Bayangkan anda telah bersusah payah setiap hari mencari rezeki untuk keluarga anda, tetapi bila tengah bulan anda sakit. Adakah anda berasa resah bila tidak dapat bekerja? Itu baru beberapa hari anda tidak bekerja. Cuba bayangkan sebulan anda tidak bekerja akibat penyakit serius.

Apa akan terjadi dengan pendapatan bulanan anda? Adakah akan mula terjejas? Bos anda pun sudah mula rasa tidak senang duduk. Nak pecat atau tidak. Gaji terpaksa dibayar tetapi orangnya tidak datang ke pejabat.

Sebab itu sebelum anda membuat pelaburan, adalah lebih baik terlebih dahulu anda mula membuat perlindungan kewangan anda secara islamik dengan mengambil takaful.

Hanya takaful sahaja medium perlindungan kewangan anda yang paling berkesan malahan diiktiraf di seluruh dunia (INSURANS).

Tuan puan, sedangkan arwah kawan ayah saya yang mempunyai KWSP 1.4 juta pun boleh habis dalam masa 7 tahun akibat sakit. Apatah lagi kita yang tak sampai simpanan sebanyak itu.

Bukalah mata hati anda dan bertanya “Jika terjadi apa-apa pada aku hari ini, berapa lamakah simpanan aku boleh bertahan”

 

Dapatkan perlindungan kewangan islam anda dari AIA Public Takaful.

Hubungi 013-3759889 Firuz atau www.takafulmedicalcard.com

 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.