Takaful Medical Card AIA Menu

Viewing all items for tag kad perubatan

Permalink:

Sekuriti Kewangan Penting Atau Tidak?

sekuriti kewangan

Pernahkah anda dengar tentang Sekuriti Kewangan?

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin yang tidak lagi tahu apa bendanya sekuriti kewangan. Sekuriti kewangan ialah satu jaminan bahawa jika terjadi sesuatu kepada simpanan anda, adakah anda akan mendapat semula bantuan kewangan tersebut atau mendapat pampasan perlindungan terhadap simpanan anda.

Pernahkah anda mendengar PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)?

Ianya satu badan kerajaan yang melindungi akaun simpanan dan insurans anda sekiranya berlaku masalah kewangan kepada pemberi servis itu kepada anda contohnya Bank. Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka duit anda akan masih lagi wujud didalam database Bank Negara. Malaysia merupakan antara negara yang terawal membuat PIDM ini.

Ok , itu untuk sekuriti kewangan anda bila berurusan dengan bank atau insurans. Tetapi bagaimana pula jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda, dan anda tidak dapat membuat simpanan dibank tersebut? Apa pula sekuriti kewangan anda bagi pendapatan anda?

Disebabkan sekuriti kewangan inilah, saya telah bergaduh dengan isteri kesayangan saya. Beliau membangkitkan perkara ini apabila kami berbincang untuk menyelesaikan masalah  rumahtangga kami. Saya sebenarnya agak kagum juga bila isteri saya menyebut tentang perihal sekuriti kewangan.

Rupa-rupanya, sekuriti kewangan kami masih lagi tidak kukuh malah boleh dikatakan rapuh sekali apabila satu atau dua bencana melanda keluarga kami, boleh meranap terus rumahtangga kami.

Bagaimana Untuk Kukuhkan Sekuriti Kewangan Kami?

Kami hanya gunakan langkah seperti dibawah untuk membuat analisis

  1. Kenal pasti belanja bulanan termasuk dengan hutang
  2. Utamakan hutang yang besar terlebih dahulu terutamanya rumah, kereta dan kad kredit
  3. Cross check setiap hutang dengan pampasan insurans takaful sama ada ianya boleh offset setiap hutang kami jika terjadi perkara buruk terhadap salah seorang dari kami
  4. Budgetting untuk simpanan bersama kerana ianya lebih mudah jika terjadi apa apa yang tidak diingini, salah seorang dari kami boleh mengeluarkan simpanan ini tanpa perlu proses faraid
  5. Check penama-penama yang telah dibuat seperti di Tabung Haji, ASB dan sebagainya
  6. Mencari surplus atau lebihan yang perlu untuk selesaikan hutang.

Jadi antara point 1 hingga 6, point yang no.3 adalah sangat penting bagi kami kerana ianya bukan sedikit malah banyak. Hanya dengan meningkatkan pampasan takaful kami sahaja boleh selesaikan dan menjadi sekuriti kewangan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak saya.

Berapa jumlah yang diperlukan itu? RM 500,000 pampasan. Bayaran bulanan yang perlu saya keluarkan untuk tambah RM 500,000 ialah RM 300 sebulan sahaja.

Barulah lengkap sekuriti kewangan saya untuk masa ini. Jika anda mahukan sekuriti kewangan seperti ini boleh hubungi saya di

013-3759889 Firuz . Penjual Sekuriti Kewangan 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kad Perubatan Takaful dari AIA Public Takaful

kad perubatan takaful

Kad Perubatan Takaful dari AIA Public Takaful

Kad perubatan AIA Public Takaful ialah satu satunya card perubatan takaful yang membolehkan seluruh keluarga anda dilindungi didalam satu pelan perubatan sahaja. Ianya amat memudahkan dan menjimatkan dari segi wang ringgit anda. Anda tidak perlu membayar lebih dengan pelan kad perubatan takaful yang lain.

Ramai pelanggan telah berubah kepada pelan terbaru ini kerana faktor kewangan yang cukup memudahkan dan hanya satu skim sahaja diperlukan untuk mendapat perlindungan takaful bagi keluarga anda. Dengan serendah RM 65 untuk individu atau RM 321 untuk keluarga ianya begitu berbaloi untuk keluarga anda.

Anda tidak perlu risau sekiranya kewangan anda tidak cukup. Ini kerana kad perubatan dari AIA ini adalah amat berpatutuan untuk keluarga anda. Apa lagi yang anda perlu tunggu kerana kad medical card ini menyediakan semuanya dalam satu plan

Antara kelebihan kad perubatan takaful ini ialah:

  1. Tiada Had Limit Seumur Hidup
  2. Tiada Ko Takaful
  3. Tiada Deposit Bagi Hospital Panel Yang Terpilih
  4. Lebih dari 70 buah hospital panel untuk dipilih

Hubungi 013-3759889 Firuz untuk nasihat perlindungan keluarga anda http://www.takafulmedicalcard.com

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kad Perubatan Takaful Terbaik AIA Public Takaful

Kad Perubatan Takaful Terbaikkad perubatan takaful terbaik

Apakah kad perubatan Takaful terbaik di Malaysia?

Secara amnya semua pengeluar kad insurans semuanya adalah terbaik. Sebut sahaja mengenai Card perubatan, ianya akan dicover apabila anda memasuki hospital. Tetapi tahukah anda bahawa Card perubatan dari AIA  tidak memerlukan anda untuk menyediakan deposit bagi kemasukan hospital? Card takaful terbaik ini boleh memberi perlindungan sepenuhnya kepada seluruh keluarga anda.

Antara ciri ciri yang terdapat didalam pelan perubatan takaful ini ialah:

  1. Cashless Admittance
  2. Tiada Ko-takaful
  3. Tiada Deposit
  4. Sehingga 4 orang anak didalam satu polisi
  5. Swipe and use untuk hospital panel yang terpilih

 

hubungi 0133759889 firuz atau isi borang pertanyaan di http://takafulmedicalcard.com

tunggu apa lagi bro

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Sebagai Agen Insurans

Biasa saya dalam seminggu mesti saya dapat 3-7 call kata nak ambil insurans tiba-tiba.. dan biasanya orang yang saya pernah call dulu yang tak nak jawab call saya, yang terus off handset bila saya dah sampai ke tempat appointment, yang cakap tak minat akan call saya semula..tetapi malangnya yang call saya semula itu sudah accident, sudah kena kanser, sudah sakit buah pinggang..

Insurans ni tak perlukan minat untuk ambil..ianya bukan hobi untuk kita minat..ianya persediaan..Jika diberi pilihan RM 4 sehari dan RM 20 sehari mana yang lebih anda berminat untuk mengeluarkan duit sekarang ini?

www.takafulmedicalcard.com

 

agen insurans

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Law Of Attraction Pelik Tetapi Benar

Bagaimana Anda Hendak Mendapatkan Benda atau Perkara Yang Anda Idamkan Secara Mudah

Dahulu sebelum saya menceburi bidang insurans dan perancangan kewangan saya langsung tidak mengetahui bahawa kita boleh menggunakan kuasa minda untuk mendapatkan perkara yang kita inginkan dan menukarkan ianya menjadi satu realiti.

Setelah didedahkan dengan minda adalah satu kuasa yang kuat untuk mendapatkan apa saja yang kita inginkan dengan menanam satu azam dan keinginan yang sangat kuat.

Sebagai contoh:
Parking dihadapan pintu shopping complex.. siapa yang tak ingin mendapatkan satu parking di hadapan shopping complex? betul kan? sebelum keluar rumah saya sudah bayangkan kemana shopping complex yang saya akan tuju, dimana saya akan parking dan pada kebiasaanya saya akan mendapat tempat parking tersebut.

Sama seperti saya ingin memiliki client yang kerja hebat, hari-hari saya bayangkan saya mendapat satu client yang hebat dan alhamdulillah saya telah mendapatkannya..

Jika anda hendak memahami apa itu law of attraction anda boleh merujuk pada video The Secret: law Of Attraction..

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kenapa anda perlu mempunyai kad perubatan

Kad perubatan akan membolehkan anda mendapat rawatan yang terpantas jika anda menghidapi penyakit. Persoalan disini adakah anda tahu bilakah anda akan sakit?

Jika anda membeli sebuah kereta atau rumah secara tunai atau bahasa omputihnya cash, anda memang tidak perlukan medical card. Adakah anda dapat bayangkan jika pada masa terdesak tiba-tiba anda memerlukan rm50,000 untuk merawat isteri anda?

Apa yg anda akan lakukan pada masa kecemasan itu? Adakah anda akan meminjam? Dan jika anda pinjam bolehkah anda pinjam dr bank pada masa itu?

Fikirkan lah sendiri ya.. Sbb ini keluarga anda dan bukan keluarga saya. Setiap ahli keluarga saya yelah saya sediakan rm1juta hanya untuk rawatan perubatan.. Jadi saya tidak perlu lagi tercari2 untuk mendapatkan duit…

P/s: jika anda tidak mampu sediakan rm5 sehari utk diri sendiri macam mana anda nak sediakan rm1000 pada masa kecemasan? Mintak kat jabatan kebajikan je lah..isi borang 5-8 bulan baru dapat reply.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Cara Menghapuskan Hutang

Bagaimana jika anda meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan hutang-hutang anda? Nak suruh keluarga anda selesaikan? Sedangkan mereka pun ada hutang yang perlu mereka sendiri selesaikan inikan pula hutang-hutang anda? Jadi bagaimana untuk memastikan jika anda meninggal dunia dalam keadaaan tiba-tiba keluarga anda dapat sempurnakan segala hutang anda?

Insurans sahaja yang dapat menyelesaikannya. 013-3759889 (Firuz)

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Tips Memilih Insurans

Ramai yang tertanya-tanya macamana nak pilih company yang betul, produk yang betul, agent yang betul, budget yang betul dan banyak lagi persoalan lain semasa nak beli insurans

Tips No 1 : Company Insurans Yang Betul

Mudah sahaja, bila kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter “kalau saya nak beli insurans company apa yang saya patut pilih”, keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih bankrupt dan anda perlu ambik insurans sekali lagi, sekiranya ada sudah ada penyakit….sorry,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company insurans akan mengenakan “admin charge” dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi “admin charge” jadi double.

Tips No 2 : Produk Yang Betul

Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan maksimum melebihi purata jangka hayat rakyat Malaysia. Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang untuk takaful perubatan contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat….

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi.
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 “maintenance tinggi” premium mahal…

Term Insurans @ Full Life Insurans

Biasanya saya cadangkan anda ambil Full Life Insurans dahulu baru ambil tambahan plan term life insurans, kenapa? Sebab kalau anda ambik term insurans perlindungan akan expired dan tiada guarantee extension tetapi kalau full life insurans contract anda macam sign dengan pen, ia akan berada di sana ketika anda perlukan sekiranya bayaran premium anda cantekkkkk.

Tips No 3 : Budget Yang Betul

Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% – 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa premuimnya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda beli. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil.Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Kenapa Nak Marah-Marah?

Kenapa anda nak marah pada doktor kerajaan muda bila mereka menjadikan anda sebagai bahan ujikaji untuk mendapatkan detail mengenai masalah penyakit anda? Sebab itu sememangnya tugas mereka, iaitu mendapatkan pengalaman sebelum menjadi doktor yang terbaik didalam bidang mereka.

Sepatutnya anda marah pada diri anda sendiri kerana anda yang membiarkan diri anda daripada mengambil peluang mendapatkan rawatan terbaik dari doktor pakar dan doktor pengalaman. Sedangkan pada masa itu anda patut ada perlindungan, tetapi anda yang merelakan diri anda menjadi bahan ujikaji.

Jadi kenapa nak marah kepada doktor-doktor muda itu?

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Bila Perlu Ambil Medical Card?

Sepanjang saya membina kerjaya sebagai seorang agen Prudential BSN Takaful, saya sering di reject dengan alasan tidak perlukan lagi dan company ada cover.. Bagi saya ianya bukan satu masalah kepada saya kerana, saya tahu ramai lagi pelanggan yang ada diluar sana yang terbuka hati untuk mengambil perlindungan pada diri dan keluarganya..

Tetapi ianya akan menjadi masalah kepada saya apabila, orang yang berminat untuk mengambil perlindungan dari PruBSN telah pun mempunyai penyakit seperti kencing manis ataupun darah tinggi. Ini kerana belum tentu lagi syarikat Prudential akan memberi perlindungan kepada mereka. Perlindungan insurans dan kad perubatan hanya boleh diambil ketika anda masih sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit sahaja.

Walaupun anda mempunyai perlindungan dari syarikat anda,tetapi itu hanya sementara sahaja. Sekiranya anda diberhentikan kerja akibat selalu sangat cuti sakit, kepada siapa yang anda akan meminta perlindungan insurans?

Jadi kepada anda yang belum lagi mendapatkan perlindungan, bukalah minda anda untuk sementara dan bagi peluang untuk agen-agen menceritakan kenapa anda perlu mempunyai nya.

Lebih baik anda kehilangan RM 200 sebulan berbanding RM 200 setiap minggu.

Hubungi saya 013-3759889

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.