Takaful Medical Card AIA Menu

Viewing all items for tag sekuriti kewangan

Permalink:

Sekuriti Kewangan

Sekuriti Kewangan

financial_planning_for_the_young_mser

Sekuriti Kewangan

Pada Umur 25 Tahun Pendapatan Saya Ialah RM15,000 Sebulan.

Pada Umur 26 Tahun Pendapatan Saya Ialah RM 200 Sebulan

=====================================

Ini bukan cerita bohong. Ini cerita betul pengalaman saya membina sebuah perniagaan ketika umur saya 23 tahun dengan modal RM 3500 yang dipinjam dari mak saya.

Saya telah membina perniagaan yang boleh memberi saya income bulanan rm15,000- rm20,000 sebulan dan kehidupan saya berubah terus pada masa itu.

Namun akibat saya tiada asas perniagaan, perniagaan saya jatuh merudum dan terus hilang semuanya sehingga tiada langsung duit untuk berbelanja mahupun untuk mengisi minyak.

Jadi pengajaran yang dapat saya ambil ialah asas ataupun foundation atau tapak. Setinggi mana bangunan yang dibuat, atau sebesar mana perniagaan yang kita buat tanpa asas atau tapak yang kukuh, ianya akan runtuh juga.

Begitu juga dengan kewangan kita, sebelum kita melabur rm10 ribu, rm100ribu atau berjuta juta,pastikan asas tapak kita kuat.

Tapak yang dimaksudkan ialah sekuriti kewangan

Jadi apa benda sekuriti kewangan ini?

Perlindungan takaful bagi aset, simpanan dan pendapatan bulanan anda sekiranya anda tidak mampu bekerja ataupun anda sudah meninggal dunia

Katakan bulan ini income anda rm3000. Dengan rm3000 ini anda mampu untuk membayar duit kereta, asb, beli barang dapur dan sebagainya.lebihan dari situ pula anda buat simpanan dari bank.

Bulan hadapan ketika anda otw pergi kerja sebuah van melanggar anda dan menyebabkan anda kemalangan.

Dah la takda insurans persendirian, insurans company pula cover rm15,000 pula tu. Socso lambat pula nak dapat. Masuk hospital kena bil rm25,000 sebab masuk 2 besi di peha kiri dan peha kanan.

Rm10,000 pun anda swipe guna kad kredit anda. Perghh burst terus limit. Sebab lagi rm15,000 insurans company cover. Selesai operation, MC pula 3 bulan. 2 bulan cuti bos dah start bagi warning letter sebab cuti lama.

Masuk bulan ketiga, gaji dapat half sahaja sebab masih lagi MC Jadi rm1500. Agak- agak dengan apa nak start bayar hutang dan perbelanjaan bulanan itu? Simpanan yang anda buat tu lah kan.

Masa tu anda fikir kalau aku ambil insurans dengan Firuz aritu mesti ada dapat sedikit pampasan kan. Jadi start berfikir utk masa depan anda. Tak jadi apa apa alhamdulillah. Kalau jadi???

Bermula dari rm500,000 ribu sehingga kepada berjuta juta mengikut kemampuan anda.

Dial / Whatsapp nombor dibawah

013-3759889
013-3759889
013-3759889

Firuz – penjual sekuriti kewangan
Www.takafulmedicalcard.com

*jika anda sudi berjumpa saya, saya akan ceritakan apakah perniagaan yang saya jalankan pada umur 25 tahun itu.

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.

Permalink:

Sekuriti Kewangan Penting Atau Tidak?

sekuriti kewangan

Pernahkah anda dengar tentang Sekuriti Kewangan?

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin yang tidak lagi tahu apa bendanya sekuriti kewangan. Sekuriti kewangan ialah satu jaminan bahawa jika terjadi sesuatu kepada simpanan anda, adakah anda akan mendapat semula bantuan kewangan tersebut atau mendapat pampasan perlindungan terhadap simpanan anda.

Pernahkah anda mendengar PIDM (Perbadanan Insurans Deposit Malaysia)?

Ianya satu badan kerajaan yang melindungi akaun simpanan dan insurans anda sekiranya berlaku masalah kewangan kepada pemberi servis itu kepada anda contohnya Bank. Jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, maka duit anda akan masih lagi wujud didalam database Bank Negara. Malaysia merupakan antara negara yang terawal membuat PIDM ini.

Ok , itu untuk sekuriti kewangan anda bila berurusan dengan bank atau insurans. Tetapi bagaimana pula jika sesuatu yang buruk terjadi kepada anda, dan anda tidak dapat membuat simpanan dibank tersebut? Apa pula sekuriti kewangan anda bagi pendapatan anda?

Disebabkan sekuriti kewangan inilah, saya telah bergaduh dengan isteri kesayangan saya. Beliau membangkitkan perkara ini apabila kami berbincang untuk menyelesaikan masalah  rumahtangga kami. Saya sebenarnya agak kagum juga bila isteri saya menyebut tentang perihal sekuriti kewangan.

Rupa-rupanya, sekuriti kewangan kami masih lagi tidak kukuh malah boleh dikatakan rapuh sekali apabila satu atau dua bencana melanda keluarga kami, boleh meranap terus rumahtangga kami.

Bagaimana Untuk Kukuhkan Sekuriti Kewangan Kami?

Kami hanya gunakan langkah seperti dibawah untuk membuat analisis

  1. Kenal pasti belanja bulanan termasuk dengan hutang
  2. Utamakan hutang yang besar terlebih dahulu terutamanya rumah, kereta dan kad kredit
  3. Cross check setiap hutang dengan pampasan insurans takaful sama ada ianya boleh offset setiap hutang kami jika terjadi perkara buruk terhadap salah seorang dari kami
  4. Budgetting untuk simpanan bersama kerana ianya lebih mudah jika terjadi apa apa yang tidak diingini, salah seorang dari kami boleh mengeluarkan simpanan ini tanpa perlu proses faraid
  5. Check penama-penama yang telah dibuat seperti di Tabung Haji, ASB dan sebagainya
  6. Mencari surplus atau lebihan yang perlu untuk selesaikan hutang.

Jadi antara point 1 hingga 6, point yang no.3 adalah sangat penting bagi kami kerana ianya bukan sedikit malah banyak. Hanya dengan meningkatkan pampasan takaful kami sahaja boleh selesaikan dan menjadi sekuriti kewangan yang sewajarnya untuk keluarga dan anak-anak saya.

Berapa jumlah yang diperlukan itu? RM 500,000 pampasan. Bayaran bulanan yang perlu saya keluarkan untuk tambah RM 500,000 ialah RM 300 sebulan sahaja.

Barulah lengkap sekuriti kewangan saya untuk masa ini. Jika anda mahukan sekuriti kewangan seperti ini boleh hubungi saya di

013-3759889 Firuz . Penjual Sekuriti Kewangan 

  • Thanks for leaving a comment, please keep it clean. HTML allowed is strong, code and a href.